Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah

Menyanggah tohmahan Amanah bukan parti Islam

Tiang seri Umno bakal roboh

Muafakat politik haruslah dihormati

Tsunami Mahathir dan Tsunami Hadi saling melengkapi

Mampukah Amanah Bertahan?

Tsunami Hadi bakal gegar PRU14?
Semua...
Pendapat

Sambut Israk Mikraj perlu nafas baru, bukan klise

Sikit - Sikit Syiah, Sikit - Sikit Wahabi

Masjid perlu mesra dakwah

Tenanglah menulis hujah atau idea anda

'Sumpahan' minyak jana ledakan inflasi M'sia

Undi Pas atau Umno?

Tiada Bukti 100 sebatan itu Efektif Azira Aziz

MB Johor dan gimik-gimiknya

Kemaruk projek tambak laut

Malaymail Tersasar, Cuba Cetus Persepsi
Semua...
Penulis Tamu

Arbitrari 1MDB: Runtuhnya 'teori curi' pembangkang

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

Sains dan cabaran dakyah pseudosains

Umno Kelantan ada tiga kapten?

Adam Rosly Wajar Lalui Proses Displin Di Peringkat Parti

Hishammuddin's New Power: The Dagger is Unsheathed

Agenda Amanah kelantan Dalam Pemerkasaan Undang - Undang Syariah

Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan

Kisah Ali dan Baba serta 1MDB

Rakyat mahu Christina, bukan Lajim
Semua...
Open Artikel

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu

Umno sedia beri laluan Pas kuasai 5 negeri?

Antara Debaran, Penghormatan Dan Kejayaan

Harga gula naik: Reda dan pasrahlah!

'Dr M tak bodoh cuma oportunis'

MCA perlu henti layan jerat politik DAP

Helah politik terdesak Tun M
Semua...
Kritikan

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan

Pakatan Harapan makin tiada harapan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 845
Members: 0
Total: 845
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Mudahnya untuk berhenti merokok
Posted on Tuesday, April 18 @ 09:46:40 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Surat Pembaca

Oleh Ikbal Salam

SUNGGUHPUN tabiat merokok disepakati membahayakan dan memudaratkan kesihatan, saya tidak pernah langsung bercita-cita untuk berhenti merokok. Malahan apabila sahabat baik saya, seorang pemilik perniagaan kedai sukan berhenti merokok pada awal 2015, saya masih lagi belum terpanggil untuk menuruti jejak langkahnya walaupun saya sendiri merasakan bahawa agak janggal untuk saya berseorangan menghisap rokok sambil membincangkan masa depan perniagaannya tanpa mempunyai rakan merokok seperti selalu.



Dalam hati atau minda saya selalu menetapkan bahawa, otak saya sebagai seorang peguam yang selalu dikerahkan berjaga malam untuk menyelesaikan amanah diberikan akan lebih cergas jika kepulan-kepulan asap dari rokok dihisap itu mengiringi tugasan saya. Agaknya, secara psikologi saya juga meyakini bahawa nikotin yang masuk dalam badan itu akan menjadikan saya lebih cergas untuk menyempurnakan kerja-kerja saya.

Namun, oleh kerana saya mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai ahli agama dan golongan asatizah di negara kita, maka saya menghisap rokok terhad di dalam premis sendiri dan tidak pernah di tempat terbuka. Malahan di firma guaman saya yang dikuasai majoriti golongan peguam dan anggota kerja wanita, saya tidak pernah menghisap rokok walau di bilik saya sendiri. Aktiviti menghisap rokok akan hanya saya lakukan di dalam stor pejabat saya yang tidak disaksikan warga kerja saya. Terkadang geli hati juga, sebagai peguam yang telah lebih 20 tahun beramal menjadi peguam di negeri Johor tetapi saya masih lagi perlu bersembunyi untuk menghisap rokok, bagaikan seorang pelajar sekolah yang mencuri-curi menghisap rokok takut-takut ditangkap guru disiplin.

Di rumah pun begitu juga. Anak-anak yang kian membesar sering kali menegur malahan menghantar surat kepada saya agar berhenti merokok kerana saya percaya itulah yang mereka pelajari dari guru-guru di sekolah. Jenuh saya menggunakan pelbagai hujah untuk mempertahankan kenapa saya perlu menghisap rokok. Maknanya, sepanjang menjadi seorang perokok tiada satu tempat atau masa pun yang saya boleh menghisap rokok dengan bebas tanpa takut dilihat sesiapa yang saya kenal.

Tidak terhenti di situ. Sungguhpun saya telah berusia 44 tahun saya juga tidak mungkin dan tidak pernah walau sekali pun menghisap rokok di hadapan ayahanda dan bonda atau pun di hadapan seorang kakak sulung yang saya amat hormati. Pernah satu ketika saya hampir menelan puntung rokok apabila mendapati ayahanda memasuki sebuah restoran mamak yang kebetulannya saya sedang menghisap rokok selepas makan tengah hari di kedai tersebut. Tindakan spontan itu berlaku secara tidak disengajakan, bukanlah disebabkan rasa takut tetapi lebih kepada rasa hormat amat tinggi kepada ayahanda yang bukan seorang perokok.

Saya masih teringat begitu terseksanya saya untuk tidur di rumah mereka di Pontian, Johor khususnya apabila berada di bulan Ramadhan. Selepas berbuka mungkin tidak mempunyai masalah untuk menghisap rokok kerana aktiviti merokok tersebut boleh dibuat sebelum solat Isyak dan tarawih. Namun saya menghadapi masalah besar untuk menghisap rokok selepas bersahur kerana ibu akan mengejutkan kami bersahur sekitar jam 4 pagi. Saya tidak mempunyai alasan untuk keluar rumah pada jam 4 pagi ketika mana waktu subuh masuk sekitar jam 5.45 pagi. Tidak nampak praktikal pula menggunakan alasan keluar rumah untuk berjemaah solat subuh sedangkan terlalu awal ke surau yang letaknya hanya beberapa langkah pada jam 4 pagi.

Akhirnya saya buat keputusan setiap kali Ramadhan tiba, saya akan cuba sekerap mungkin berbuka dan bertarawih di rumah bonda dan kemudiannya terpaksa mencipta pelbagai alasan pulang ke rumah sendiri selepas bertarawih untuk memastikan saya mempunyai ruang yang cukup menikmati kepulan asap-asap rokok dihembus sebelum waktu Imsak.

Masalah sama tidak pula saya hadapi di rumah ibu bapa mertua kerana kebetulannya bapa mertua juga seorang perokok tegar dan tentunya beliau menjadi sahabat merokok yang sama naik setiap kali saya balik ke rumahnya. Jadi tidak hairanlah saya boleh tinggal menginap beberapa hari di rumah ibu bapa mertua berbanding ibu bapa kandung kerana aktiviti menghisap rokok bukanlah suatu kejanggalan di rumah mertua tersebut.

Tanggal 3 Mei 2015 benar-benar mengubah jadual hidup saya dan keluarga apabila doktor yang juga sahabat saya di sebuah hospital di Johor Bahru mengesahkan ayahanda menghidap kanser paru-paru tahap empat yang menurut ilmu perubatannya, tiada harapan untuk hidup lama. Terkejutnya kami sekeluarga bukan kepalang apatah lagi ayahanda bukanlah seorang perokok dan beliau adalah seorang yang secara bulanan dengan taat pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan jantung, maka menjadi persoalan bagaimana para doktor yang menemuinya secara bulanan gagal mengesan penyakit tersebut sejak awal.

Sebaik disahkan penyakit ayahanda amat kritikal, saya yang berada dalam keadaan amat terkejut, hiba dan keliru terus menelefon sahabat saya dan meminta beliau membawa sekotak rokok kegemaran saya memandangkan saya telah kehabisan rokok. Saya duduk mengenang nasib ayahanda di tempat letak kereta jauh sedikit dari bangunan kerana hospital adalah kawasan larangan merokok sambil memikirkan apakah dan di manakah saya boleh mencari ubat dan doktor yang lebih hebat dan sesuai untuk ayahanda?

Sahabat saya tiba membawa sekotak rokok sambil memeluk erat saya memberikan kata-kata semangat menghadapi ujian tersebut. Perancangan tuhan memang begitu, kotak rokok yang diberikan kepada saya mempunyai gambar keadaan kanser paru-paru.

Gambar-gambar ekstrem di kotak rokok bukanlah baru sebaliknya ia tidak pernah menakutkan atau diendahkan saya sebagai perokok, tetapi pada hari itu saya memerhatikan dengan penuh minat gambar paru-paru tersebut. Ada satu perasaan yang tidak boleh digambarkan wujud ketika melihat gambar paru-paru kelihatan berwarna hitam akibat serangan kanser tersebut kerana saya menggambarkan itulah juga agaknya keadaan paru-paru ayahanda sekarang.

Saya mengisytiharkan kebencian yang teramat sangat kepada kanser kerana ia telah menjadikan ayahanda yang selama ini menjadi hero dan inspirasi saya begitu lemah dan hanya ayat-ayat zikir mengesakan ALLAH SWT banyak keluar dari mulutnya berbanding leteran nasihatnya selama ini. Asalnya seluruh tubuh saya telah menghantar mesej jelas kepada otak saya, bahawa bencinya saya kepada kanser yang telah menjangkiti tubuh badan ayahanda bukan kepada rokok tetapi entah bagaimana mulai saat itu saya mendapati bahawa saya juga tidak ada selera lagi untuk menghisapnya.

Sebenarnya pada saat itu saya belum pun dan tidak ada kemahuan langsung berhenti merokok dan oleh sebab itu saya cuba untuk terus merokok, bukan cuba untuk berhenti kerana saya masih lagi tidak tergambar kehidupan saya tanpa ditemani asap rokok. Anehnya, tekak saya tidak lagi boleh menerima asap rokok tersebut dan pada setiap tiga atau empat kali hembusan rokok itu saya akan terus sahaja membuangnya kerana ia tidak lagi enak seperti selalu. Apa yang saya hadapi adalah pada setiap kali saya menghisap rokok, setiap itu jugalah gambar x-ray paru-paru ayahanda yang diserang kanser akan berlegar-legar dalam kotak minda saya.

Di suatu pagi ketika hanya saya dan ayahanda duduk di katil wad hospital, ayahanda secara tiba-tiba menasihati saya untuk mengambil berat ibu dan keluarga jika beliau telah tiada, bekerja dengan jujur dan amanah, menjaga solat dan memberitahu saya agar berhenti merokok. Barulah saya sedar bahawa rupanya selama ini beliau tahu saya seorang perokok, lantas saya dengan bangga terus berkata kepadanya bahawa saya telah hampir 1 minggu berhenti menghisap rokok, namun dari riak wajahnya ayahanda kelihatan seperti tidak percaya saya telah mula berhenti merokok.

Pada jam 3.45 pagi, 23 Julai 2015 iaitu hari ketujuh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, ALLAH menjemput ayahanda kembali ke rahmat-Nya pada usia hampir 80 tahun.

Ayahanda meninggalkan saya dengan banyak ilmu, pengajaran dan pesanan yang sudah tentunya tulus ikhlas dari hatinya. Setulus itu jugalah saya ingin sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat perokok sama ada rokok atau vape atau seumpamanya, percayalah selama ini ini saya sangka tidak akan boleh hidup tanpa asap rokok, tetapi sangkaan itu terbukti salah.

Baru-baru ini ketika menziarahi pusara ayahanda saya sempat 'memaklumkan' ayahanda bahawa bapa mertua yang juga besan akrabnya dan 3 orang sahabat baik juga telah mengikuti jejak langkah saya berhenti merokok. Ironinya, saya tidak pernah meminta mereka berhenti merokok tetapi bila saya kisahkan semula apa yang terjadi pada diri saya sejak ayahanda sakit, maka semuanya turut sama menetapkan di fikiran untuk berhenti dan syukur setakat ini mereka juga berjaya.

 Al-Fatihah Abah...

Ikbal Salam, Peguambela & Peguamcara Johor Bahru






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Surat Pembaca
· News by paktam


Most read story about Surat Pembaca:
Sejarah Yahudi Laknatullah dan Negara Haram Israel

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Surat Pembaca


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com