Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 1000
Members: 0
Total: 1000
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Dasar Bersama Pakatan Harapan
Posted on Thursday, April 20 @ 11:52:48 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Penulis Tamu

Oleh Lim Hong Siang

Pilihan Raya Umum ke-14 sudah memasuki detik-detik countdown. Setelah sekian lama pembangkang mundar mandir lantaran perbalahan sesama sendiri, akhirnya ia mengorak selangkah ke depan, selepas bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan, dengan satu logo dan satu manifesto. Penyertaan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) telah diberi kata dua, dan ia tinggal hanya hubungan bersama PAS yang masih celaru.


Apakah ia jalan keluar terbaik untuk menyelesaikan kemelut pembangkang terkini? Tidak semestinya. Sudah tentu ada yang masih mempertikaikannya, misalnya kemasukan BERSATU, yang dianggap terbawa-bawa dengan gaya dan pemikiran UMNO. Ada juga kekhuatiran bahawa kemasukan BERSATU ke dalam Pakatan Harapan sekaligus menutup pintu rundingan bersama PAS, yang bakal menjurus kepada perang tiga penjuru dalam PRU14. Namun sekurang-kurangnya keputusan telah dibuat, memandangkan PRU14 sudah tidak jauh dari kita. Tiada masa untuk dilengah-lengahkan lagi.

Persoalannya, apakah Pakatan Harapan dengan penyertaan BERSATU ini lebih kuat dan mantap berbanding Pakatan Rakyat ketika tahun 2013, atau sebaliknya?

Semestinya Pakatan Harapan memerlukan sedikit masa lagi untuk bergeser sesama sendiri, terutamanya antara DAP dengan BERSATU. Kita sedia maklum, bahawa Pakatan Rakyat gagal mencukupkan undi Melayu untuk menawan Putrajaya dalam PRU13. Kehadiran BERSATU dianggap boleh mengisi kelompongan tersebut. Namun ia perlu mengikis kegusaran kelompok Melayunya yang   ditakut-takutkan dengan “Cina DAP”. Maka tidak hairanlah apabila Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin menekankan gabungan pembangkang yang berteraskan kepimpinan Melayu, dan ia terus mengundang reaksi daripada pemimpin DAP.

Keadaan sedemikian dijangka akan berulang lagi pada masa depan. DAP enggan tunduk untuk dijadikan MCA 2.0 dalam Pakatan Harapan, sementara BERSATU tidak mahu pengundi Melayu termakan dengan persepsi dan propaganda bahawa pemimpin Melayu diperkudakan. Kegagalan untuk menyeimbangi keperluan kedua-duanya akan memenangkan UMNO-Barisan Nasional hinggalah ke hari kiamat.

Dasar Bersama, atau manifesto bersama adalah jawapan untuk menamatkan secepat mungkin keadaan sedemikian. Mustahil Pakatan Harapan boleh berjaya dengan formula DAP menjuarai kepentingan bukan Melayu sambil BERSATU mempertahankan ketuanan Melayu. Sama ada Pakatan Harapan memenangi undi Melayu, atau undi bukan Melayu. Paling teruk Pakatan Harapan hilang kedua-duanya, lantaran bersifat bagai talam dua muka. Yang pasti, mustahil Pakatan Harapan memenangi kedua-duanya. Media dikuasai UMNO-BN, dan mustahil pengundi bukan Melayu terpanggil untuk pulang mengundi Pakatan Harapan yang mana parti komponennya menjuarai ketuanan Melayu sebagaimana UMNO.

Justeru itu, manifesto atau dasar bersama menjadi kunci dan tumpuan. Malah, pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat akan menilai, sama ada dasar bersama yang ditawarkan Pakatan Harapan untuk PRU14, lebih baik, atau sekurang-kurangnya setanding dengan apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2013. Apakah kemasukan BERSATU bakal melunturkan unsur idealisme Pakatan? Apakah Pakatan semakin mirip Barisan Nasional dengan kemasukan BERSATU? Dasar Bersama inilah jawapannya.

Mungkin ada yang menganggap hanya golongan elit yang berminat untuk meneliti dasar bersama atau manifesto secara terperinci. Namun sekurang-kurangnya dokumen ini dasar yang disokong bersama. Keempat-empat parti politik yang berlainan ideologi, mendukung satu muafakat yang direstui bersama. Daripada saling menyanggah, saling menyerang dan membalas, saling menjuarai kepentingan kaum masing-masing, lebih baik keempat-empatnya berbicara sesuatu yang dipersetujui bersama. Lebih penting, kembalikan tumpuan kepada isu rakyat.

Sudah sekian lama rakyat dimualkan dengan polemik remeh-temeh, yang tiada kena-mengena dengan hidup harian rakyat. Hampir tiada pemimpin daripada pembangkang memberi komitmen untuk menggembleng satu demonstrasi besar-besaran jikalau harga minyak terus melonjak. Namun pemimpin heboh dari sana ke sini hanya kerana satu twitter “tok lebai”. Apabila bahu rakyat dibebankan dengan tekanan ekonomi, pemimpin pula sibuk membincangkan biawak hidup atau sakit yang dipikul. Setiap hari kita dikhabarkan kawasan mana PAS yang memutuskan hubungan dengan PKR, berapa tempoh yang diberikan untuk menunggu jawapan PAS, tetapi jarang-jarang ada pemimpin yang berminat untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya apabila hujan lebat, kos perubatan yang semakin melonjak, kualiti pendidikan yang semakin merudum dan sebagainya.

Banyak lagi kerja yang harus dimulakan, kalau bukan diteruskan sebelum PRU14. Pakatan Harapan perlu memastikan logo bersama itu cukup dikenali pengundi secara umum. Selain isu teknikal sebegini, Pakatan Harapan perlu menggilap semula imej idealismenya, membawa perubahan yang bermakna seandainya berjaya menawan Putrajaya. Tidak kurang penting juga dasar bersama ini untuk membezakan antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, kerana andainya Najib Razak berundur secara mengejut sebelum PRU14, sekurang-kurangnya pengundi masih memiliki alasan untuk memilih Pakatan, dan bukan memberi peluang kepada pengganti Najib yang mewarisi sistem pemerintahan yang bobrok dan pincang. http://akhbarrakyat.blogspot.my/





Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by paktam


Most read story about Penulis Tamu:
Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Penulis Tamu


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com