Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Pemimpin PAN kuda tunggangan DAP

Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza

Faiz Fadzil Ghairah Meludah Ke langit

PAS mesti bertanding 222 kerusi, bukan 100

Memusnahkan Umno/Bn Dari Dalam Atau membaiki Umno Dari Luar ?

Tak mustahil Anwar jadi PM ke-7

Siapa 'Mugabe' Malaysia?

Anwar tak akan jadi PM ke-7

Kiamat Melayu sudah tiba

Mahathir sentiasa benci Anwar?
Semua...
Penulis Tamu

Tempat Umno tak tanding pun PAS tanding

Belajarlah duduk sebelum berlunjur

Sertai Block Saudi - Amerika , Najib Bawa Malaysia Ke Kancah Bahaya

Jangan Ambil jalan Mudah, Jangan Cepat Membuat Kesimpulan

Hubungan PAS-PKR dalam kenangan

BN, SPR. PH dan Gagasan Sejahtera

Anwar wajar bezakan persepsi dan realiti

SPRM perlu meneruskan kerja tanpa sebarang pengecualian

Jangan Tunggu PRU14, Banteras Rasuah Saat ini!

Syukur pembedahan Tok Guru berjaya
Semua...
Open Artikel

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Jangan pilih kawan makan kawan

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu
Semua...
Kritikan

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 367
Members: 0
Total: 367
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Politik Selangor: Jangan membuli rakyat
Posted on Monday, May 15 @ 15:53:26 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Penulis Tamu

Oleh Presiden PAS

ISLAM menegaskan politik sebahagian daripada syariat yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Bai’ah adalah rukun yang mengikat di antara pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah supaya tidak dikhianati berasaskan petunjuk Islam yang membahagikan kepada dua bahagian iaitu; Thawabit dan Mutaghayyirat.



Pertama- Thawabit adalah perkara dasar dan matlamat yang tidak boleh dipinda sepanjang hayat dan ditetapkan oleh nas al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias yang nyata. Perkara ini telah ditetapkan menjadi hukum tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS (Perlembagaan) yang diserahkan dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama’.

 
Setiap tugas penting yang mencabar dilakukan bai’ah yang bermaksud janji kesetiaan terhadap perjuangan yang diasaskan di atas perkara tersebut supaya tidak diperlakukan dengan mudah dan sewenang-wenangnya.

Firman Allah menegaskan perkara baiah:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح.
 
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’ah (pengakuan kesetiaan kepadamu (wahai Muhammad) untuk berjuang, mereka hanyasanya memberikan bai’ah (pengakuan kesetiaan kepada Allah); Allah mengawasi keadaan mereka memberikan kesetiaan itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.” [Surah al-Fath: 10]
 
Rasulullah SAW melakukan bai’ah apabila melantik jawatan yang penting atau menghadapi sesuatu cabaran besar. Amalan ini dilakukan di sepanjang zaman oleh kumpulan Islam yang memerintah negara atau tidak memerintah. Maka setiap khalifah yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah SAW mengadakan bai’ah dihadapan rakyat dan pemimpin utama yang menjadi komponen kepada jamaah.

Betapa pentingnya bai’ah ini sehingga Khalifah Uthman bin Affan R.A. yang dipaksa oleh pemberontak dengan menghunus senjata memaksanya supaya meletakkan jawatan, dengan tegas Khalifah Uthman menjawab: “Jawatan ini adalah pakaian yang dipakaikan oleh Allah kepada saya, maka saya tidak akan mencabut pakaian ini”. Maka berakhir dengan Khalifah Uthman R.A. bersedia gugur syahid bersama al-Quran yang dirangkulnya.
   
PAS mengadakan bai’ah yang diwajibkan kepada setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya. Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan exco yang dipegang oleh ADUN Negeri Selangor yang tidak boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah.

Bagi PAS terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu; Islam adalah agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat yang mengundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada di atas nama dirinya atau parti.    

Jangan hanya bermain politik sesama dalaman parti tanpa memandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya. Peristiwa YB Tan Seri Khalid Ibrahim dipecat dan Langkah Kajang yang salah tidak boleh melompat parit kerana mahukan cita-cita politik ‘mee segera’ yang membebankan rakyat dan DYMM Sultan sepatutnya menjadi pengajaran.  
   
Kedua - Mutaghayyirat adalah perkara yang boleh diubah mengikut situasi, realiti dan strategi yang mengalami perubahan mengikut setiap perkembangan semasa dan masyarakat yang berbeza, dalam aspek pelaksanaan yang berkonsepkan kebijaksanaan bagi menyampaikan risalah Islam kepada manusia tanpa paksaan.
 
PAS mengadakan Tahaluf Siyasi atau persefahaman politik dengan pihak lain dalam perkara yang tidak melanggar sempadan dasar dan matlamatnya.

Tahaluf Siyasi terbatal apabila ada pihak yang sengaja membatalkannya kerana tidak boleh menerima walaupun secara persefahaman disebabkan oleh sikap bermusuh terhadap PAS yang berpegang teguh dengan Islam. Inilah pendekatan DAP sendiri kerana menolak konsep Negara Islam, menolak syarat mewajibkan kepimpinan negara seorang yang beragama Islam, menentang segala usaha PAS untuk melaksanakan syariat Islam walaupun kepada penganut Islam sahaja dan membelakangkan Institusi Raja kerana mengikut selera politik mereka.  
 
Keputusan Majlis Syura Ulamak juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi bersama PKR terbatal, apabila syarat-syarat Tahaluf dicabuli sama ada salah laku terhadap hukum syariat dalam pendekatan politik atau melanggar adab bertahaluf kerana mengikut kawan politik yang salah disebabkan konsep oportunis mereka.        
   
PAS sangat berpegang kepada petunjuk Allah:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤ التوبة.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [Surah at-Taubah: 24]  

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by paktam


Most read story about Penulis Tamu:
Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Penulis Tamu


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com