Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Pemimpin PAN kuda tunggangan DAP

Sukarnya berwacana jika bahasa kita berbeza

Faiz Fadzil Ghairah Meludah Ke langit

PAS mesti bertanding 222 kerusi, bukan 100

Memusnahkan Umno/Bn Dari Dalam Atau membaiki Umno Dari Luar ?

Tak mustahil Anwar jadi PM ke-7

Siapa 'Mugabe' Malaysia?

Anwar tak akan jadi PM ke-7

Kiamat Melayu sudah tiba

Mahathir sentiasa benci Anwar?
Semua...
Penulis Tamu

Tempat Umno tak tanding pun PAS tanding

Belajarlah duduk sebelum berlunjur

Sertai Block Saudi - Amerika , Najib Bawa Malaysia Ke Kancah Bahaya

Jangan Ambil jalan Mudah, Jangan Cepat Membuat Kesimpulan

Hubungan PAS-PKR dalam kenangan

BN, SPR. PH dan Gagasan Sejahtera

Anwar wajar bezakan persepsi dan realiti

SPRM perlu meneruskan kerja tanpa sebarang pengecualian

Jangan Tunggu PRU14, Banteras Rasuah Saat ini!

Syukur pembedahan Tok Guru berjaya
Semua...
Open Artikel

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat

Kerajaan Selangor perlu segera singkirkan duri dalam daging

Jangan pilih kawan makan kawan

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

'Kenyataan saya diambil di luar konteks'

PKR-Pas genting dalam tahaluf siyasi

Lebai dan polemik citra Melayu
Semua...
Kritikan

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas

Jawablah dengan berhemah,wahai pemimpin politik!

Harapan Palsu Deklarasi Mahathir

Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Blok ke-3 PAS yang mencurigakan
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 372
Members: 0
Total: 372
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

PAS tidak pernah bersama dengan Umno
Posted on Thursday, May 18 @ 10:56:29 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Wawancara

TIDAK ada istilah kembali kepada Umno kerana PAS tidak pernah bersama Umno. Dasar-dasar PAS yang telah diterima masyarakat menyebabkan Umno menimbulkan polemik untuk memecahbelahkan PAS. Ini antara yang ditegaskan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai respons kenyataan Setiausaha Agung Umno, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyerahkan kepada PAS sama ada mahu kembali kepada Umno.

Ikuti butiran lanjut penjelasannya dalam wawancara Pemangku Penolong Pengarang Berita Harakah, NYZA AYOB bersama beliau pada 11 Mei lalu.

WARTAWAN: Tengku Adnan menyatakan terpulang kepada PAS sama ada mahu kembali kepada Umno. Respons Dato’ di atas kenyataan ini.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Perkara ini telah ditegaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Perkara ini juga telah diulang berkali-kali oleh Majlis Syura Ulamak yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno. Cuma kerjasama PAS dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.

Itu adalah tanggungjawab agama yang di dalam al- Quran menyuruh kita berbuat demikian. Bantu membantu dalam perkara baik dan takwa, PAS akan sokong. Tetapi bukan bermakna ada kerjasama politik.

Tengku Adnan menganggap PAS akan kembali kepada Umno sedangkan PAS tidak pernah pun bersama dengan Umno. Kita pernah bersama dahulu sebagai komponen di dalam BN, bukan bersama dengan Umno.

Sewaktu PAS bersama BN dahulu, kita ditendang keluar setelah beberapa perkara yang PAS buat tidak menyenangkan Umno khususnya apabila PAS melihat perlunya diperkasakan PAS. PAS buka cawangancawangan di Selatan dan mereka menentang tindakan PAS ini.

Pada masa yang sama Umno memperkuatkan cawangancawangannya di Pantai Timur.

Selain itu kita juga melihat apabila orang-orang awam mula menerima dasar-dasar yang PAS terapkan, Umno menganggap ini sebagai ancaman kepada parti itu. Lalu Umno bertindak menendang PAS keluar.

Sepatutnya kalau dilihat dalam konteks yang positif, mungkin itu lebih baik untuk masa depan negara kita. Ini pengalaman PAS sewaktu dalam BN.

Sebagai contoh sewaktu Almarhum Dato’ Asri menjadi Menteri Tanah, kita memperkasakan Felda-Felda dan mewujudkan bahagian agama di Felda. Tetapi sekarang sudah tiada di Felda.

Adakah ini menunjukkan tanda-tanda pilihan raya semakin hampir hingga Umno sanggup mengeluarkan kenyataan seperti ini supaya dapat menggugat keyakinan rakyat terhadap PAS?

Saya melihat kenyataan ini untuk memecahbelahkan PAS dan menimbulkan polemik dalam kalangan orang awam. Ia juga memperlihatkan kelemahan yang dialami Umno. Bagi PAS, kita akan hadapi pilihan raya dengan kekuatan Gagasan Sejahtera dalam Blok Ketiga ini. PAS yakin rakyat boleh menilai apakah Umno hendak bersama dengan PAS bagi memperjuangkan rakyat untuk masa depan rakyat yang lebih baik.

Saya juga tidak faham maksud terlanjur yang disebut Tengku Adnan. Ingin saya tegaskan PAS memang tidak pernah terlanjur dengan Umno. Saya juga ingin tegaskan di dalam PAS ini kita ada Majlis Syura yang memandu parti.

PAS juga mempunyai Dewan Ulamak yang memperhalusi dalil-dalil. Jadi kita menentang Umno ini bukan soal terlanjur atau tidak terlanjur. Tetapi soal dasar yang dibawa Umno itu sendiri. Kita harap Umno yang buat perubahan ke arah yang lebih Islamik.

PAS juga berjuang bukan untuk jawatan. PAS berjuang untuk membetulkan dasar yang bercanggah dengan dasar perjuangan Islam. Sebab itu dasar PAS ini sama ada kita menang, kita akan tunaikan tanggungjawab. Mana-mana yang kita tidak menang kita laksanakan atas kemampuan yang kita ada.

Apabila Tuan Guru Abdul Hadi hadir pada pelancaran tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei lalu, adakah perkara ini juga dilihat sebagai tanda PAS akan bersama dengan Umno?

Kita harus faham di antara kerajaan dengan parti pemerintah. Bagi PAS, politik yang matang adalah politik yang boleh membezakan mana tanggungjawab kerajaan dengan parti memerintah. Sebab itu PAS hadir dalam program-program kerajaan kerana ia projek untuk rakyat.

PAS memang sokong apa sahaja projek untuk rakyat. Sebagai contoh jika kita tengok di negara-negara maju seperti New Zealand dan Australia, ketua pembangkang dijemput hadir dalam taklimat projekprojek besar yang dibuat kerajaan.

Maknanya, itu pemikiran politik matang mereka. Sebab parti yang memerintah boleh bertukar. Tetapi projek akan berjalan. Sebab itu pembangkang dijemput sama hadir supaya mereka boleh menilai tanggungjawab terhadap projek jika mereka dipilih sebagai pemerintah pada masa depan. Pemikiran mereka sangat terbuka sehingga ke tahap itu.

Saya melihat Umno juga kena berlaku adil dengan wakil-wakil rakyat yang dipilih. Tetapi apa yang berlaku Umno bertindak di luar garis panduan dan dasar federalisasi. Contohnya apabila PAS menang di Terengganu, mereka batalkan royalti minyak.

Mereka juga merampas tanahtanah yang PAS beri kepada rakyat. Demikian juga apabila ditemui minyak di Kelantan.

Mereka sanggup bawa naik minyak ikut Thailand. Ini antara tindakan-tindakan yang tidak mengikut peraturan.

Setakat ini pun peruntukanperuntukan kepada wakil rakyat di kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang disekat. Sedangkan sebagai kerajaan ia kena berlaku adil kepada semua rakyat.

Apa yang rakyat alami sekarang ini, bebanan kos hidup yang semakin teruk. Hutang negara yang meningkat serta nilai ringgit yang terus jatuh.

Tidak ada sebarang usaha kerajaan untuk mengawal perkara ini.

Sebagai contoh saham Felda Global Ventures (FGV), kerajaan perlu selamatkan tanah yang dicagar sebagai aset dalam FGV. Kita bimbang walaupun saham FGV digantung di Bursa Malaysia, ia berada dalam tahap yang sangat risiko.

Adakah apabila PAS memutuskan tahaluf siasi dengan DAP menyebabkan kenyataan sebegini timbul oleh pemimpin Umno?

Mungkin juga. Tetapi paling besar kerana pengaruh PAS diterima oleh rakyat. Sebab apabila PAS putus hubungan dengan DAP, orang ramai melihat tidak ada satu parti lain yang mampu memperjuangkan dasar-dasar Islam.

Sebagai contoh isu RUU 355. BN sendiri tidak berani walaupun pada peringkat awal, Timbalan Perdana Menteri berjanji ia akan dibentangkan.

Tetapi apabila wujud penentangan dalaman BN, menyebabkan Perdana Menteri akhirnya tidak berani hendak bentang.

Jadi rakyat melihat, yang mampu mempertahankan dasar-dasar Islam adalah PAS. Kita yakin berdasarkan tinjauan-tinjauan yang kita buat kepada pengundi-pengundi dan sokongan kepada parti termasuk keahlian PAS yang semakin meningkat setiap bulan berbanding Umno.

Tinjauan-tinjauan yang dibuat juga menunjukkan sokongan terhadap PAS jauh mengatasi dari Umno, begitu juga dengan Pakatan Harapan. Ini merupakan indikator positif dan perubahan yang lebih baik untuk masa depan negara.

Nasihat Dato’ kepada ahli-ahli PAS kerana semakin hampir pilihan raya, semakin banyak polemik akan dicetuskan pihak lawan.

Dijangkakan PRU 14 ini akan berlakunya perang siber. Media sosial akan menjadi senjata yang ampuh untuk menyerang antara satu sama lain. Fitnah juga akan berlaku secara berleluasa.

Jadi, saya minta kepada ahliahli PAS supaya merujuk kepada sumber rasmi parti. Jadikan Facebook, Twitter dan kumpulan WhatsApp sebagai media untuk menyebarkan maklumat rasmi parti.

Contohnya jika ada kenyataan daripada Presiden PAS, setiap ahli PAS masukkan dalam Facebook masing-masing supaya kita jadi penyebar kepada berita rasmi parti dan maklumat yang sebenar.

Jangan gopoh buat kenyataan yang tidak membina kepada maruah parti. Contohnya tulisantulisan yang tidak berakhlak, maki hamun dan mencerca. Ini bukan akhlak ahli PAS. Jangan masukkan maklumat yang tidak sahih atau tidak menguntungkan parti dalam Facebook kita.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Wawancara
· News by paktam


Most read story about Wawancara:
Suaram ditikam kerana heret skandal Scorpene ke Perancis, Najib "gabra"

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Wawancara


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com