Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 749
Members: 0
Total: 749
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Posted on Saturday, July 15 @ 10:48:20 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Pendapat

Oleh Izmil Amri

Semalam saya berjabat tangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk kali ke berapa saya tidak ingat. Saya cium tangan tuanya dan ucap terima kasih.

Jam sudah menunjukkan lewat 12.30 tengah malam. Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan baru sahaja selesai. Baru mencecah usia 92 tahun, beliau pasti sahaja keletihan; duduk bermesyuarat sejak jam 8.50 malam.

 



Sisi gelap saya tiba-tiba berbisik jahat. “Hang tak rasa jijik ka salam cium tangan orang tua tu?”

Lama juga saya duduk termangu dalam kereta sebelum beransur pulang. Memikirkan hal itu - bagaimana Mahathir yang dahulunya saya benci, kini menjadi orang yang saya hormati.

Ketika perhimpunan BERSIH4 berlangsung di Dataran Merdeka, saya bertugas menyelia media. Maka saya tidak turun ke lapangan. Sekonyong-konyong tibalah berita bahawa Mahathir sudah mencemar duli, dan mahu berucap kepada para demonstran.

Darah saya menyirap. Mana mungkin punca segala gila ini diberi peluang naik ke pentas dan mencuri tumpuan daripada tuntutan BERSIH yang tidak disokongnya. Jangan benarkan dia berucap, tegas saya.

Keesokannya Mahathir datang lagi, mengulang mesej serupa. Hadir tidak kerana menyokong tuntutan BERSIH, tetapi untuk bersama orang ramai yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilengser. Tersudut dan tidak diberi ruang oleh para aktivis, Mahathir sekadar bikin sidang media.

Mana pula kita menyangka Mahathir akan duduk semeja dengan bekas-bekas banduan bawah tahanan ISA yang dikurungnya, menandatangani Deklarasi Rakyat. Macam orang bodoh juga saya ke acara itu. Dengan panas berkuap, ruang dipenuhi wartawan; saya hanya mendengar suaranya sahaja menuturkan tuntutan reformasi institusi.

Saya ketawa berdekah. Dunia sudah terbalik. Mahathir sudah jadi pembangkang. Dan dengan bertukarnya Mahathir menjadi pembangkang, maka bermulalah dekonstruksi segala yang telah terbina dengan dua tangan yang baru saya salam itu. Tidak kiralah yang buruk mahu pun yang baik.

Kemuncak dekonstruksi ini saya rasakan bermula dengan perhimpunan BERSIH 5,ketika Mahathir dikhabarkan tidak akan hadir kerana berada di luar negara. Mahathir ternyata muncul, turun dari pesawat siap dengan kemeja T BERSIH5 dan memberi ucap Utama ketika finale perhimpunan tersebut di perkarangan KLCC; bangunan ikonik yang direkanya sendiri.

Karat dosa

Itu kemudiannya disusuli penubuhan parti cap bunga raya bagi gerombolan yang meninggalkan Umno, dan kemudian diikuti aksi-aksi bersama pimpinan Pakatan Harapan, menafikan fitnah-fitnah lampau dan berkemuncak dengan gambar bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Mahathir ternyata melalui jalan panjang untuk membasuh karat dosa-dosa lalu. Entah berapa baldi ludahnya sepanjang puluhan tahu terhadap parti-parti pembangkang telah ditogoknya semula. Berapa berat pula ego yang perlu dibuangnya untuk duduk sebaris bersama musuh-musuh lama yang pernah disumbat ke penjara.

Pada usia 92 tahun, Mahathir telah menyaksikan negara ini dibangun dari puing dan debu sehingga menjadi apa yang kita saksikan hari ini. Dua puluh tahun menjadi kepala negara, Mahathir kini sedang merungkai sendiri simpul mati yang diikatnya sendiri dengan tangan tua itu.

Semua ini saya kira adalah ritual istighasah bagi seorang Mahathir, untuk membersihkan dosa dan kesilapan lampau sebelum mewariskan negara kepada anak cucu cicit yang bakal menyusul.

Tangannya yang membina, tangan itu jugalah yang meruntuh. Tangan itulah juga barangkali yang akan melayangkan panah Arjuna tepat ke dada para kleptokrat yang sedang tenggelam dalam kemabukan kuasa di Putrajaya.

Apa kena mengena panah Arjuna dan Mahathir?

Dalam hikayat Mahabharata, ketika perang Bharatayuddha, Arjuna, salah seorang Pandawa Lima menggunakan senjata busur dan anak panah Rudra.

Peperangan masuk hari ketujuh belas, dan Arjuna terlibat dalam pertempuran sengit melawan Karna, panglima pihak Korawa.

Sedang saling menyerang, ditakdirkan kereta kuda Karna telah terperosok ke dalam sebuah lubang. Karna kemudian terpaksa turun dari pedatinya itu bagi mengangkatnya keluar dari lubang tersebut.

Arjuna, mematuhi peraturan pertarungan menghentikan bedilannya, sementara Karna selesai membebaskan pedatinya yang tersangkut. Pada ketika itu, Krishna yang menjadi ‘kusir’ pedati perang Arjuna mengingatkan si Pandawa itu tentang kematian tragis anaknya, Abimanyu yang terkorban pada hari ketiga belas.

Abimanyu terbunuh dalam keadaan tidak bersenjata dan tanpa kenderaan. Kepalanya dihentak hancur berkecai setelah kuda dan kusirnya dibunuh, dan perisainya habis luluh.

Berhadapan pergolakan antara emosi dan pertimbangan akal, Arjuna melepaskan anak panahnya tepat ke tenggorok Karna, lalu menembus kepalanya.

Dari illuminati kepada Star Trek

Pakatan Harapan semalam menampilkan lambangnya yang baru dipersetujui setelah cadangan terdahulu ditolak mentah-mentah kerana buruk yang amat. Lambang yang baru ini meletakkan suatu bentuk seperti anak panah di tengah-tengah kata HARAPAN, menggantikan huruf A.

Meski disebut orang sebagai simbol illuminati, bukit, Star Trek, ciplak logo Parti Demokrat Singapura dan sebagainya, saya melihat simbol di tengah-tengah itu sebagai sebilah anak panah.

Seakan-akan kena dengan seloka yang ditulis arwah Adlan Benan Omar pada tahun 1992:

Kulayangkan panah ke udara
Hilangnya jatuh entah ke mana
Nun jauh di kebun getah
Bila kuambil tak jua patah

Memang canggung sebenarnya melihat semua ini. Seloka orang Anwar, bagai perekat mencantum kembali carik-carik bulu ayam sejak hampir dua puluh tahun lampau. Akhirnya biduk lalu, kiambang bertaut. Anwar dan Mahathir kembali bersama di baris depan pertempuran Kurukshetra, menentang saudara lama yang kini gelong mabuk kuasa.

‘United Front’ parti-parti pembangkang dengan panji-panji merah berhias anak panah, berdepan gabungan BN. Tiada yang lebih ‘epik’ dari ini dalam sejarah pertempuran politik di Malaysia. Cuma tidaklah ‘epik’ macam Mahabharata.

Semalam, saya melihat Tun perlahan-lahan mengatur tapak menuju keretanya dengan nombor pendaftaran W2020M. Beliau sebelum itu memandang sekeliling ke arah ramainya orang yang baru turun dari ibu pejabat PKR itu.

Saya merenung matanya agak lama. Sedikit sayu barangkali, melihat mata tuanya yang berkaca. Mata yang sama telah melihat legasi pemerintahan lampau dicemari anak didik sendiri yang kini harus diperangi habis-habisan. Sepasang mata itu semalam kelihatan cuba merakam sejarah yang tidak pernah beliau sendiri impikan.

Sejarah di mana seorang Mahathir memihak kepada pembangkang, mengatur gerak menuju pilihanraya; untuk menewaskan parti yang dibinanya sendiri dengan tangan tua yang saya ciumi itu.

Tiada yang jijik tentang mencium tangan Mahathir. Generasi saya dan yang seterusnya lahir di zaman Mahathir diangkat sang dewata raya yang penuh berjasa kepada bangsa dan negara. Meski tangannya itu terpalit nista Reformasi 1998; saya kira tindakannya sepanjang waktu ini sudah lebih dari cukup untuk membasuh segala cela dan daki.

Tidaklah saya mengatakan bahawa tangan Mahathir itu suci murni.

Tetapi jika ada yang masih mendesak orang tua itu untuk melutut memohon maaf setelah segala yang dia lakukan setakat ini; saya kira itu melebih-lebih dan suatu kekejaman.

Tangan itu sekarang sedang menggamit kita semua untuk menyelamatkan negara. Kalau hanya kerana itu tangan Mahathir maka kita berpaling; maka kitalah yang sebenarnya jijik dan celaka.


IZMIL AMRI merupakan penulis dan pemerhati politik.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Pendapat
· News by paktam


Most read story about Pendapat:
Nizar dititah mengadap ?

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Pendapat


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com