Home Hantar Artikel Ke Forum Menu Berita Menua Akaun Anda Tops Hits Maklum Balas Iklan
Iklan Berbayar
Rahsia Suami Gagah Isteri Sayang



Untuk tempahan iklan sila klik di sini
Login/Masuk
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Modules
· Home
· Arkib Berita
· Cetak Artikel
· Downloads
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· iklandetik
· Journal
· Members List
· News_sol
· Private Messages
· PRK Sg. Limau
· Recommend Us
· Search
· Shout Box
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· TopikML
· Web Links
· Your Account
Shout Box

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Minda Lutfi

Cantas senarai panjang kuasa PM, MB

Menteri KDN, Zahid Hamidi, tolonglah rasional sikit

Selepas kabinet baru, laluan kerjasama Pas-Umno lebih mudah

Tiga dialog santai pagi Rabu

Adakah saya masih bermimpi...

Miminimumkan rasuah, Miminimumkan kuasa .

Persepsi Buruk Mengenai Gabungan Pembangkang ...

Masih berpeluang menang walaupun tiga penjuru

Perak nampak mudah tapi cukup sengit

Lebih mudah Pakatan Harapan ambil alih Kedah
Semua...
Pendapat

Membiarkan Jamal terus menjadi badut...

Pejatuh Umno/Bn Dulu !

Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

Perkasakan gerakan akar umbi

Johor: Medan tarung paling sengit PRU14

Ketegasan DAP terhadap rasuah tidak konsisten

Jangan buat Soalan Bodoh ?

Bertaruh semula masa depan bersama Dr Mahathir

Pakatan jelas objektif, Umno-BN yang panik

Anak panah Arjuna di logo HARAPAN
Semua...
Penulis Tamu

Lagu Despacito: Tahniah netizen, orang awam

Untukmu Rakyat Malaysia: "Jadilah Islam yang memimpin bukan khadam"

Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan

Ketua umum, pengerusi dan presiden: Merungkai makna dan peranannya

Himpunan bantah tindakan zionis Israel

Mungkinkah DAP akan diharam?

Perjawatan YIK: Azam Amanah/Pakatan Harapan

Penjelasan Mengenai Perjawatan Yayasan Islam Kelantan

YIK Dan Perjawatan Tetap: Penungguan Tanpa Akhir?

Seronoknya jadi Perdana Menteri Malaysia
Semua...
Open Artikel

Dr. M, kami tidak lupa

Surat terbuka jelaskan mengapa k’jaan tak tubuh RCI siasat 1MDB

WSJ dalam tinta Annuar Musa

Tindakan Anwar kukuhkan DAP

Rekod baik UMNO selesaikan krisis

Tsunami Pakatan Harapan

'PM' Sebelum Menang?

Detik Baharui Perjuangan

Tiga penjuru menguntungkankah?

UMNO kuat kerana tiada tersirat
Semua...
Kritikan

Bila PAS menjadi khadam Umno

Kenapa Presiden PAS Tidak Suarakan Hudud Terhadap Najib Razak

Mengapa PAS mesra dengan pemimpin korup?

Yang mengkritik dr kamarul, yang dispin saari sungib

Alkisah Berebut Jawatan Perdana Menteri

PAS sedang bekerja untuk Umno secara total

Apakah PAS berasa sudah cukup kuat?

PAS: Parti politik atau jemaah tabligh?

Kecelaruan mentel Politik Suhaizan

PAS yang semakin lemas
Semua...
Rangking Forum
Kedudukan Forumer:
© 2009 Detikdaily
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mursyid
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 24846

People Online:
Visitors: 736
Members: 0
Total: 736
Anonymous Online

Statistik RealTime Semasa:

Sila klik..

Tawaran Istimewa Web Hosting
- 1 ruang iklan masih kosong -

Pertembungan Tekad Budaya - Tekad Politik Dalam Uda & Dara
Posted on Monday, July 17 @ 12:46:56 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Penulis Tamu

Oleh DINSMAN

Pementasan Muzika UdaDanDara karya Usman Awang, atau perjalanan pementasannya yang sedang saya lalui sekarang, seolah-olah suatu ujian kepada kefahaman Tekad Budaya; khasnya dalam hubungan atau pertembungannya dengan tekad politik.



Saya berfahaman bahawa kerajaan yang memerintah harus bertanggungjawab ke atas kehidupan dan kemajuan seni-budaya yang diusahakan oleh rakyat. Di peringkat ini sahaja pun kita sudah menghadapi masalah. Sebab?Dalam masyarakat kita, apa yang dikatakan ‘kerajaan’ itu masih lagi difahami dan dilayani sebagai ia adalah hak kepunyaan sebuah atau gabungan beberapa parti politik.

Perjalanan saya menuju ke arah mementaskan teater muzika UdaDanDara, misalnya, mengalami beberapa pertembungan dan halangan yang wajar diperhatikan. Malah sebelum itupun, perjalanan untuk program menyambut Hari Puisi Dunia, bersama Yayasan Usman Awang (YUA), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), juga mengalami permasalahan.

Mengenai UdaDanDara, pertama sekali kami memilih tempatnya di Kuala Sedili, kerana kumpulan Ziarah Karyawan pimpinan Yassin Salleh memilih tempat itu, yakni tempat lahirnya Usman Awang, sempena program mereka “Ziarah Karyawan Mengenang Usman Awang” (ZKMUA), dan teater ini dibuat sebagai satu daripada acara dalam program besar itu.

Di peringkat awalnya lagi pihak YUA bersetuju untuk bersama-sama dengan Ziarah Karyawan (ZK) menganjurkan program ZKMUA. Dan YUA juga, melalui Pengerusi Lembaga Penasihatnya Syed Husin Ali, berusaha mendapatkan pihak-pihak tertentu untuk menaja atau membiayai perbelanjaan program dan pementasan UDD, disamping YUA sendiri menyumbang sebahagian daripada kewangan yang diperlukan.

Alkisahnya maka adalah sebuah perbadanan korporat besar di Johor, yang ada hubungan dengan pihak kerajaan, bersetuju untuk membiayai sebahagian besar perbelanjaan dan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan di bumi kelahiran seniman besar kita Usman Awang itu.

Maka terjalinlah hubungan kerjasama yang membanggakan demi mengangkat Sedili sebagai daerah istimewa bukan sahaja di Johor tetapi di Malaysia amnya, kerana di situ telah lahir seorang seniman dan pujangga Melayu yang besar jasa dan sumbangannya kepada tamadun Melayu moden.

Demikianlah kefahaman kami dan kami amat bersyukur dan berbangga yang pimpinan perbadanan korporat kita juga mempunyai kesedaran seni-budaya yang tinggi seperti itu. Lalu kami pun, pihak produksi, mengambil inisiatif sendiri menghubungi pihak Yayasan Warisan Johor, untuk mengajak mereka bersama-sama menjayakan pementasan UDD.

Tetapi entah gerangan apalah malangnya menjelang beberapa hari menyambut Aidilfitri, pihak YUA menerima surat yang sangat mengecewakan daripada perbadanan korporat berkenaan. Mereka menyatakan bahawa mereka hanya bersetuju membiayai percetakan sebuah buku dan membiayai suatu kenduri arwah, dan itu sahaja. Yang lain-lainnya yang telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama di pejabat mereka sebelum Ramadhan itu, semuanya terbatal.

Dalam konteks Tekad Budaya dan Tekad Politik, bagaimanakah kita harus melihat duduknya perkara persetujuan dan pembatalaan persetujuan itu? Sama-samalah kita fikirkan!

Bagi saya, ia mengingatkan peristiwa sambutan Hari Puisi Dunia YUA-ZK-Paksi sebelum ini, dimana ITBM dan DBP tiba-tiba menarik diri daripada bekerjasama, kerana katanya mereka tidak dibenarkan bekerjasama dengan Paksi (Seniman Paksi Rakyat). Kenapa tidak dibenarkan, dan siapa yang tidak membenarkannya; biarlah tidak dijawab dulu soalan itu di sini.

Maka berikutan itu ZK, YUA dan Paksi mengambil keputusan memindahkan program tiga hari ZKMUA dan pementasan UDD daripada Kuala Sedili, Johor; ke Tanjung Karang, Selangor. Untuk itu seorang sahabat daripada Institut Darul Ehsan (IDE) tampil menyumbang, mencari kawasan yang sesuai dan mendapatkan beberapa kemudahan yang diperlukan oleh produksi UDD, di Tanjung Karang.

Dan sementara itu, barangkali memikirkan faktor kesuntukan waktu untuk mencari dan mendapatkan pihak penaja bagi membiayai program ZKMUA dan UDD, maka mesyuarat pengurusan YUA memutuskan untuk meningkatkan jumlah sumbangan kewangan mereka kepada program ini, empat kali ganda jumlah yang difahamkan pada awalnya.

Tetapi pihak YUA mempunyai sebab-sebab tertentu pula, yang mereka tidak bersetuju program ini dibuat di Tanjung Karang. Dan sebab-sebab yang diberikan itu, saya memahaminya sebagai sebab-sebab yang bersifat politik. Di sinilah saya mula terfikir bahawa Tekad Budaya apabila bertembung dengan Tekad Politik itu – bagaimana?

Sebelum ini (perlu disebut), sebaik saja saya menyatakan kekecewaan yang pihak penaja di Johor itu membatalkan janji mereka, seorang sahabat yang bukan orang politik tetapi berpengaruh dalam politik menawarkan kepada saya untuk membuat pementasan UDD di Putrajaya. Saya terpaksa menolak tawaran itu kerana tidak mahu terikat dengan tekad politik tertentu, dan juga kerana faktor kreativiti seperti yang saya jelaskan dalam tulisan minggu lalu.

Sekarang saya bertembung pula dengan faktor tekad politik yang tidak ketara, dalam cadangan YUA supaya memindahkan lokasi pementasan UDD daripada Tanjung Karang itu. Sahabat saya Bahrin daripada IDE bersetuju bahawa terdapat pertembungan Tekad Budaya dengan Tekad Politik di sini, seperti yang pernah berlaku dalam satu program Paksi dan IDE, iaitu program Puisi Bumbung yang dibuat di bumbung bangunan IDE, beberapa bulan lalu.

Seperti saya jelaskan dalam tulisan minggu lalu, faktor kreativiti memerlukan saya mementaskan UDD dalam kawasan sawah padi, yang tanahnya sedang kering selepas menuai. Hal ini sampai kepada pengetahuan seorang Ahli Parlimen yang dikatakan mempunyai minat dalam seni-budaya, dan beliau berminat agar pementasan UDD dibuat dalam kawasan parlimennya, dan beliau bersedia menyumbang bagi menampung kewangan yang masih berkurangan, dan beberapa kemudahan.

Nah, sekali lagi faktor Tekad Politik masuk ke dalam permasalahan Tekad Budaya. Bagaimanakah kita sewajarnya meladeni permasalahan ini? Sama-samalah kita fikirkan.






Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

 
Related Links
· More about Penulis Tamu
· News by paktam


Most read story about Penulis Tamu:
Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Cetak Artikel


Klik untuk pakej iklan



* ruang iklan kosong di sini, sila hubungi tranung2006@gmail.com
Associated Topics

Penulis Tamu


  Ahmad Lutfi Othman
  Azizi Abdullah
  Abdul Kadir Jasin
  Mahaguru58
  Merah Tinta
  Amdang 81
  Ibnu Hasyim
  Cucu Mat Kilau
  Tun Dr Mahathir
  Rockys Bru
  Screenshots
  Cikgu Nuri’s Online
  Attakiri
  Abu Ayysah
  Suhaimi Taib
  Redhuan D. Oon
  Lagenda Buta
  Orang Klawang
  Tok Pijat
  Zahid Yusof
  Taranama
  Pemuda BukitKatil
  Kedahlenie..!!
  Dr Fikrah
  Putera Batu
  Addin
  Budu Online

  ...penarik beca
  Roslan SMS Corner
  Amin Iskandar
  A L- H U S S E Y N
  Ketua Perusuh
  Kuda Kepang
  Kickdefella
  Kuda Ranggi
  Putera Maya
  Lanh14
  Wan Nordin Yaacob
  Khalid samad
  Jed Yoong
  Dr. Hj. Hamirdin
  Malaysia Waves
  Sofi Wahab
  Telahan Politik
  Boneka, Penyu, SPR
  Jamaludin Md Isa
  Helang Jagat
  Meli Kapak Jangak
  Hishamuddin Rais

  Tun Telanai
  Faisal Tehrani
  Ibrahim Baba
  Fudzail
  Drs Idham Lim
  Ust Nasrudin
  Zaharuddin.Net
  Al-Bakistani
  SaifulIslam.Com
  Dr. Mohd Asri
  sya~reformis
  al-Kerohi
  Aduka Taruna
  Nik Abdul Nik Aziz
  jahilGoBlog
  Edyesdotcom
  Bulan Penuh 2012
  Rosli Salem
  Che Kamala
  Rusli Islam
  klpost.com
  Jiwo Kelete
  Cenangau
  Pemuda Wilayah
  Lilahi taala
  Kalam Perantau
  Tempe Goreng
  Sokong PR
  Janggut
  Tarmizi Mohd Jam
  Kopitiam Bang Nan
  Pink Turtle
  Perisik Rakyat
  Siasahdaily
  Pahang daily
  Sabahdaily
  Kampus Negara
  Al Banjari
  Bumi Perak
  Zabidi Morad
  Ahmad Fadhil
  Eddie Putra
  Amirulreza
  Rozmal Malakan
  Republik kata
  Go Malaysia
  Ahli Parlimen PAS
  A.M.K.N.S.
  Ust Idris Ahmad
  Mummy Rokiah
  Greenboc
  Lagi....
* Tidak mengikut susunan keutamaan
design by ethaidesign.com